Anggota tentera tumbuk wanita diberi nasihat, masih jalankan tugas - TDM

Muhamad Hafizuddeain beramah mesra dengan anggota semasa mengadakan lawatan ke kawasan operasi 8 Briged sempena Aidilfitri di Pos Tok' O, Rantau Panjang pada Isnin.
Muhamad Hafizuddeain beramah mesra dengan anggota semasa mengadakan lawatan ke kawasan operasi 8 Briged sempena Aidilfitri di Pos Tok' O, Rantau Panjang pada Isnin.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Tentera Darat Malaysia (TDM) sudah mengambil tindakan di peringkat pentadbiran dengan memberikan nasihat kepada anggota tentera yang dipercayai melakukan kekerasan terhadap seorang pemandu wanita sehingga cedera di Jalan Persiaran Senawang 4, Negeri Sembilan pada 29 Mac lalu.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhamad Hafizuddeain Jantan berkata, pada masa yang sama juga anggota terbabit masih perlu menjalankan tugas seperti biasa di dalam pasukan kerana itu merupakan prosedur.

Muhamad Hafizuddeain menandatangani buku lawatan semasa mengadakan lawatan ke kawasan operasi 8 Briged sempena Aidilfitri di Pos Tok' O, Rantau Panjang pada Isnin.
Muhamad Hafizuddeain menandatangani buku lawatan semasa mengadakan lawatan ke kawasan operasi 8 Briged sempena Aidilfitri di Pos Tok' O, Rantau Panjang pada Isnin.

"Kita beri nasihat, selebihnya serah pada siasatan polis. Kita tidak boleh ganggu siasatan yang sedang dijalankan," katanya semasa sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke kawasan operasi 8 Briged sempena Aidilfitri di Pos Tok' O di sini pada Isnin.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin atas pertuduhan mencederakan seorang wanita, hujung bulan lalu.

Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret, Syed Farid Syed Ali.

Terdahulu, tular satu klip memaparkan seorang pemandu kereta Perodua Axia wanita ditumbuk seorang lelaki dekat Taipan Senawang.

Kejadian dipercayai berpunca selepas lelaki berkenaan berang kerana mendakwa anaknya dilanggar pemandu kereta jenis Perodua Axia terbabit ketika melintas jalan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!