Gempa magnitud 5.0 gegar Kepulauan Sangihe

SULAWESI UTARA - Gempa bumi dengan magnitud 5.0 menggegarkan Kepulauan Sangihe, di sini sekitar jam 5.40 pagi waktu Indonesia Barat.
Menurut laporan rasmi Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), pusat gempa terletak pada kedalaman 17 kilometer dengan koordinat 5.71° Lintang Utara dan 125.18° Bujur Timur lebih kurang 216 kilometer dari Tahuna.
“Meskipun begitu, gempa ini tidak berpotensi untuk terjadinya tsunami dan tiada peringatan bahaya dikeluarkan di kawasan pantai.
“Biarpun gempa dirasai namun tiada laporan mengenai kerosakan besar atau kehilangan nyawa setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BMKG turut memberi peringatan kepada penduduk setempat untuk tidak mudah panik dan sentiasa mengikuti arahan serta informasi terkini daripada saluran rasmi.
Pihak berkuasa juga akan terus memantau rapi situasi tersebut bagi memastikan keselamatan penduduk.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

