Bayern tekad bangkit di San Siro

Kompany Foto Agensi
Kompany Foto Agensi
A
A
A

PENGENDALI Bayern Munich, Vincent Kompany mengakui kecewa kegagalan gergasi Bundesliga Jerman itu memanfaatkan peluang selepas tewas 1-2 kepada Inter Milan pada perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara di Allianz Arena pada Rabu.

Biarpun tewas, Kompany masih yakin sepenuhnya pemain-pemain Bayern mampu bangkit mengatasi Inter Milan di San Siro pada Khamis depan.

Bekas jurulatih Burnley itu juga merasakan pasukannya mampu menjaringkan tiga gol atau lebih pada perlawanan timbal balik pertama tersebut.

“Kami mempunyai peluang untuk menjaringkan lebih daripada sekali malam ini, dua atau tiga, atau lebih. Kami tahu mereka mempunyai kualiti di bahagian serangan; ia tidak pernah tidak mengancam, tetapi kami lebih berbahaya dan kami mempunyai peluang.

"Saya tahu Inter di tempat lawan adalah sukar, tetapi saya tidak fikir kami perlu keluar dengan kekalahan disebabkan oleh kecederaan atau perkara perkara lain. Kami juga yakin akan mempunyai peluang di Milan.

"Kami kalah, jadi saya hanya boleh bercakap tentang apa yang saya rasa atau perhatikan. Saya tidak mempunyai perasaan bahawa kami tidak boleh menjaringkan gol, atau kami tidak boleh mengancam. Kami mempunyai peluang sehingga akhir, tetapi keputusan tidak semestinya adil. Kami masih yakin sepenuhnya dengan peluang di Milan,” kata Kompany, yang kekal yakin Bayern boleh bangkit semula.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!