Bayern Munich hilang khidmat penjaga gol utama

Neuer
Neuer
A
A
A

PENGENDALI Bayern Munich, Vincent Kompany mengesahkan penjaga gol utama, Manuel Neuer diketepikan sepanjang tahun ini selepas patah tulang rusuk.

Kompany mengesahkan perkara itu berkata, Daniel Peretz menggantikan posisi Neuer yang terlepas aksi Bundesliga ketika tuan rumah menang 4-2 ke atas Heidenheim pada Sabtu menyertai senarai terbaharu pemain cedera.

Pemain berusia 38 tahun itu mengalami kecederaan semasa Bayern tewas 0-1 kepada Bayer Leverkusen dalam aksi Piala Jerman minggu lalu selepas merempuh pemain lawan yang menyaksikan Neuer dilayangkan kad merah.

"Dia mengalami patah tulang rusuk dan berkemungkinan besar tidak akan bermain lagi tahun ini. Adalah penting untuk ini pulih dan kami akan menemuinya lagi pada Januari depan.

"Kecederaan tidak terlalu teruk tetapi dengan begitu banyak perlawanan adalah terlalu awal untuk dia bermain," kata Kompany menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk di Gelsenkirchen

Bayern sebelum ini sudah pun kehilangan khidmat antara lain penjaring terbanyak Harry Kane, Joao Palhinha, Alphonso Davies dan Serge Gnabry.

Namun bekas kapten Manchester City itu menegaskan dengan cuti musim sejuk dalam masa terdekat, Kompany berkata, pendahulu Bundesliga itu telah melakukan terbaik untuk mengimbangi kehilangan pemain-pemain berkenaan.

"Isu kecederaan menyaksikan kami kehilangan beberapa tonggak penting tetapi kami berjaya bertahan dengan baik sehingga sekarang.

Artikel Berkaitan:

"Mulai awal Januari, kami akan kembali mempunyai skuad besar lagi. Kami mengendalikannya dengan baik setakat ini," ujar Kompany.

Saingan Liga Juara-Juara, The Bavarians berada di tempat ke-13 dengan sembilan mata, satu mata di luar kelompok lapan teratas yang secara automatik layak ke pusingan 16 terakhir.

Shakhtar pula yang akan menjadi tuan rumah perlawanan di Gelsenkirchen, berada di tangga ke-26 dengan empat mata, dua mata di luar tempat playoff.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!