X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Kerajaan baharu perlu serius tangani isu ekonomi negara

Halim Ishak
Halim Ishak
A
A

KUALA LUMPUR - Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) berharap kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha lebih keras dalam menangani isu ekonomi dan pembangunan negara dengan lebih baik.

Pengerusinya, Halim Ishak berkata, semua komuniti masyarakat Malaysia juga dituntut bersama-sama membantu agenda kerajaan baharu Perikatan Nasional supaya ekonomi negara bertambah rancak sekali gus meyakinkan pelaburan asing.

“Tahniah kepada Perikatan Nasional yang diberikan mandat untuk menerajui kerajaan baharu ke arah lebih baik dan maju. MCCF amat berharap kerajaan baharu akan berusaha lebih keras menangani isu ekonomi dan pembangunan negara dengan lebih baik.

“Di samping itu juga kerajaan baharu di bawah pimpinan Muhyiddin diharapkan akan lebih berlaku adil serta menjaga kebajikan semua komuniti masyarakat Malaysia tanpa mengira status bangsa dan agama termasuk rakyat di Sabah dan Sarawak,” katanya melalui kenyataan media semalam.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi semalam.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini pada jam 10.33 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri kelapan

Halim turut memberi penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama kepimpinan Pakatan Harapan selepas menerajui pucuk pimpinan negara dalam tempoh 22 bulan.

“MCCF juga amat berterima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam menangani dan memantau sebarang provokasi menerusi media sosial oleh beberapa kumpulan netizen yang tidak bertanggungjawab, berbaur hasutan dan penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong serta menghasut orang ramai menolak pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Tindak balas yang pantas daripada pihak PDRM dapat mengekang keadaan yang tidak diingini berlaku hingga menggugat ketenteraman awam,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina Agong: Penahanan 'Aaron Yee' bukti polis tegas


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!