Keluarga hilang tempat tinggal terima bantuan

Rumah sewa yang didiami keluarga mangsa musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada Ahad lalu.
Rumah sewa yang didiami keluarga mangsa musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada Ahad lalu.
A
A
A

HULU KELANG - Keluarga Mohammad Riduan Majeed yang kehilangan tempat berteduh selepas rumah sewa mereka di Kampung Kemensah, di sini musnah dalam kebakaran pada Ahad lalu mendapat perhatian Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Juwairiya Zulkifli.

Menurut Juwairiya, yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), insiden menyayat hati itu berlaku pada 6 April sekitar jam 11 pagi.

"Api marak dengan cepat, namun tindakan pantas pasukan bomba yang tiba sekitar jam 12 tengah hari berjaya menghalang kebakaran daripada merebak ke kediaman lain.

"Malangnya, rumah yang didiami sekeluarga itu musnah sepenuhnya," menurutnya menerusi satu hantaran di laman Facebook susulan lawatan bertemu keluarga mangsa terbabit.

Sebagai tanda solidariti, beliau turut menyampaikan sumbangan berupa makanan asas, wang tunai, lampin, dan susu bayi kepada keluarga tersebut.

Juwairiya (kiri) melawat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Kemensah, Hulu Kelang.
Juwairiya (kiri) melawat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Kemensah, Hulu Kelang.

Bayi pasangan itu yang baru berusia 17 bulan turut menerima perhatian dalam bantuan yang disampaikan.

"Saya amat bersimpati dengan nasib yang menimpa Riduan sekeluarga. Alhamdulillah mereka selamat dan saya akan membantu dalam apa jua cara yang mampu," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Juwairiya turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Kampung Kemensah, Zohari Ahmad, atas tindakan pantas serta komitmen membantu mangsa.

"Malam sebelumnya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gombak turut hadir menyerahkan bantuan segera kepada keluarga terjejas," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!