'Isteri saya meninggal depan mata’ - Ali XPDC

Ali XPDC mengesahkan berita duka kematian isterinya.
Ali XPDC mengesahkan berita duka kematian isterinya.
A
A
A

SHAH ALAM - Isteri penyanyi Ali XPDC, Sharifah Azuwanna Syed Joned meninggal dunia pada pukul 6.08 petang Ahad di Hospital Putrajaya akibat kanser payudara.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Ali atau Mohd Ali Ismail, 57 yang memaklumkan isterinya menghembuskan nafas terakhir ketika berada di sisinya.

“Ya, isteri sudah meninggal dunia. Arwah meninggal di depan mata saya,” katanya.

Menurut Ali, jenazah isterinya akan dibawa ke Masjid Bandar Salak Tinggi, Sepang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Salak Tinggi selepas Isyak.

Pada 24 Mac lalu, Allahyarham Sharifah Azuwanna telah menerima rawatan di Hospital Putrajaya kerana kanser payudara, sementara Ali dimasukkan ke Hospital Cyberjaya untuk menerima rawatan paru-paru berair dan jantung lemah.

Bagaimanapun, Ali sudah dibenarkan keluar dari wad sejak Khamis lalu dan kini berehat di rumah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!