Immersify KL




A
A
A
Antara tarikan utama ialah Canvas Oceania, yang membolehkan pengunjung mewarna dan mengimbas lukisan ikan atau pari mereka sebelum ia dihidupkan dalam bentuk animasi di skrin besar, serta Mystic Falls, yang memaparkan projeksi air terjun realistik lengkap dengan kesan bunyi yang menenangkan dan kemunculan gajah digital bermain air.
Immersify KL dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Tiket berharga RM60 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak, manakala pemegang MyKad menikmati harga istimewa RM50 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak). Pakej keluarga turut ditawarkan kepada pemegang MyKad, manakala kanak-kanak di bawah lima tahun masuk secara percuma.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
