Rumah terbuka batal, kerajaan Selangor agih juadah raya kepada mangsa di PPS

Antara juadah raya yang diagihkah kepada mangsa letupan gas di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights pada Ahad.
Antara juadah raya yang diagihkah kepada mangsa letupan gas di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights pada Ahad.
A
A
A

SUBANG JAYA - Kerajaan negeri mengagihkan juadah hari raya kepada ratusan mangsa letupan gas di Putra Heights susulan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 peringkat Selangor yang dijadualkan berlangsung pada Ahad.

Tinjauan Sinar Harian pada hari keenam di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights mendapati, pelbagai hidangan yang disediakan kepada mangsa terjejas seperti sate, kambing bakar, mi kari, pecal, makanan bergoreng dan pelbagai jenis minuman.

Juadah tersebut disediakan secara bergotong-royong oleh badan bukan kerajaan (NGO), penduduk setempat dan pihak masjid bagi memberi keceriaan kepada mangsa sempena sambutan perayaan berkenaan.

Antara sukarelawan yang terlibat menyediakan juadah raya kepada mangsa letupan gas di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights pada Ahad.
Antara sukarelawan yang terlibat menyediakan juadah raya kepada mangsa letupan gas di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights pada Ahad.

Difahamkan, agihan juadah tersebut turut diedarkan ke beberapa sekolah berasrama penuh dan rumah anak yatim sekitar negeri ini.

Sebelum ini dilaporkan, kerajaan Selangor mengumumkan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 sebagai tanda menghormati mangsa terbabit.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selain mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!