Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat kepada 3,471

Anggota pasukan mencari dan menyelamat memindahkan mangsa di tapak gempa bumi di bandar Mandalay, Myanmar. Foto Xinhua
Anggota pasukan mencari dan menyelamat memindahkan mangsa di tapak gempa bumi di bandar Mandalay, Myanmar. Foto Xinhua
A
A
A

YANGON - Angka kematian akibat gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang melanda Myanmar meningkat kepada 3,471 setakat Sabtu, lapor akhbar harian yang dikendalikan kerajaan, The Mirror pada Ahad, menurut Xinhua.

Gempa bumi itu juga mengakibatkan 4,671 orang cedera dan 214 lagi masih hilang setakat Sabtu.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa organisasi penyelamat tempatan dan antarabangsa berjaya menyelamatkan 653 orang yang terperangkap di dalam bangunan selepas gempa, dan 682 mayat dikeluarkan dari runtuhan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!