Mangsa banjir di Johor terus meningkat

Setakat jam 8 pagi Ahad, sebanyak 254 mangsa daripada 88 keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS). Foto hiasan
Setakat jam 8 pagi Ahad, sebanyak 254 mangsa daripada 88 keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS). Foto hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa terjejas susulan banjir kilat di Johor menunjukkan peningkatan pagi ini, melibatkan kawasan Kampung Baharu Sri Gading dekat Batu Pahat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, setakat jam 8 pagi Ahad, sebanyak 254 mangsa daripada 88 keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 99 mangsa daripada 34 keluarga pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading dan mereka yang terjejas melibatkan penduduk Kampung Baharu Sri Gading sahaja.

"Sungai Senggarang di Batu Pahat berada pada paras amaran dengan bacaan 3.37 meter manakala Sungai Batu Pahat berada pada paras waspada dengan bacaan 2.30 meter.

"Cuaca pada pagi ini cerah di kesemua daerah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!