Izara Aishah selektif, tolak bintangi karya stereotaip

Izara bersama barisan bintang utama Keluarga Itu.
Izara bersama barisan bintang utama Keluarga Itu.
A
A
A

PELAKON Izara Aishah mengakui selektif dalam memilih naskhah baik siri mahupun filem sehingga membuatkan sudah enam tahun tidak tampil dengan projek baharu.

Jelas Izara atau nama penuhnya Izara Aishah Hisham, 32, dia seboleh-bolehnya mengelak untuk menerima karya yang berlatar belakangkan kisah fantasi atau cerita cinta.

Izara lebih mengutamakan jalan cerita yang mampu memberi kesan kepada masyarakat.
Izara lebih mengutamakan jalan cerita yang mampu memberi kesan kepada masyarakat.

"Saya tidak pernah berhenti berlakon, cuma saya terpaksa tolak banyak tawaran sebelum ini kerana jalan cerita yang hampir sama.

"Saya sebenarnya lebih tertarik dengan naskhah yang diinspirasikan dari kisah benar seperti drama bersiri Keluarga Itu.

"Jadi kalau ada karya sebegitu lagi selepas ini, saya terbuka untuk menerima," katanya.

Izara berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama barisan pelakon, pengarah dan penerbit drama bersiri Keluarga Itu di Shah Alam baru-baru ini.

Walaupun nama Izara kini kembali menjadi sebutan selepas tampil dengan lakonan mantap dalam drama siri Keluarga Itu, dia tidak sesekali semberono untuk menerima apa jua tawaran yang datang.

"Saya tidak kisah berkenaan momentum tetapi keutamaan saya tetap pada keluarga kerana saya kasihan untuk meinggalkan anak-anak yang masih kecil.

Artikel Berkaitan:

"Kalau ada naskhah yang bagus, saya akan teruskan. Lagi pula, suami sangat menyokong dalam apa jua yang saya lakukan," jelasnya.

Selain Izara, drama 30 episod itu turut dibintangi Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Muaz Zabir, Puteri Balqis, Amir Ahnaf dan ramai lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!