Bekas kekasih mengamuk, serang teman lelaki baharu guna parang

Seorang lelaki di Thailand bertindak ganas apabila menyerang teman lelaki baharu bekas kekasihnya menggunakan parang besar. Foto media sosial
Seorang lelaki di Thailand bertindak ganas apabila menyerang teman lelaki baharu bekas kekasihnya menggunakan parang besar. Foto media sosial
A
A
A

THAILAND – Seorang lelaki di Thailand bertindak ganas apabila menyerang teman lelaki baharu bekas kekasihnya menggunakan parang panjang.

Rakaman tular di media sosial menunjukkan suspek meluru ke arah mangsa dengan sebilah parang.

Menurut laporan media tempatan Khaosod, insiden itu berlaku pada petang Rabu lalu.

Video bermula dengan seorang wanita berdiri di antara dua lelaki, seolah-olah cuba menghalang salah seorang daripada mereka daripada bertindak ganas.

Beberapa saat kemudian, bekas teman lelaki yang memegang parang itu menolak wanita berkenaan ke tepi sebelum menyerang teman lelaki baharunya.

Mangsa cuba melarikan diri sambil menggunakan tangan untuk melindungi diri daripada libasan parang namun dikejar penyerang.

Wanita tersebut turut campur tangan untuk menghentikan pergaduhan, namun penyerang tetap mencederakan mangsa di bahagian belakang badan.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan menerima panggilan kecemasan mengenai pergaduhan tersebut sekitar jam 7.40 malam.

Setibanya di lokasi, mereka menemui seorang lelaki mengalami kecederaan di jari, belakang badan dan mangsa kemudian dihantar ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Wanita turut memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa penyerang ialah bekas teman lelakinya dan baru saja berpisah dua hari lalu sebelum insiden berlaku.

Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan tiada sebarang laporan dibuat berhubung kejadian tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!