'Tumbukan' kekasih tersangkut dalam mulut teman lelaki

Detik pasangan itu ke hospital turut mencuri perhatian ramai. Foto Agensi
Detik pasangan itu ke hospital turut mencuri perhatian ramai. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Cubaan melakukan cabaran media sosial bertukar 'tragedi' apabila tangan seorang wanita tersangkut di dalam mulut teman lelakinya.

Menurut Dahebao, insiden itu berlaku di wilayah Jilin, China pada 18 Mac lalu.

"Pasangan itu mahu meniru video yang menunjukkan seorang individu mahu 'memakan' tumbukan kekasihnya. "Mereka mahu mencuba jika genggaman tangan teman wanitanya muat untuk masuk ke dalam mulutnya," jelas laporan tersebut.

Tetapi, cabaran itu menjadi 'lebih mencabar' berbanding jangkaan mereka.

"Mulut lelaki tersebut mengalami kekejangan otot dan genggaman tangan kekasihnya akhirnya tidak boleh dikeluarkan. Mereka mencuba beberapa kali, namun tidak berjaya dan wajah lelaki bertukar merah hingga mereka terpaksa meminta bantuan pihak hospital," menurut laporan itu lagi.

Yahoo Taiwan melaporkan doktor turut memainkan muzik untuk menenangkan lelaki itu dan memberikan suntikan untuk mengendurkan otot wajahnya.

Difahamkan, doktor mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan genggaman tersebut daripada mulutnya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!