Banjir kilat: Satu PPS dibuka di Kluang

Keadaan banjir di Kampung Tengah Renggam, Kluang pada Khamis.
Keadaan banjir di Kampung Tengah Renggam, Kluang pada Khamis.
A
A
A

KLUANG - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sri Renggam di sini, dibuka pada pagi Khamis bagi menempatkan 73 penduduk daripada 29 keluarga terjejas akibat banjir kilat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, kesemua mangsa banjir dipindahkan ke PPS yang dibuka pada 9 pagi.

"PPS Dewan SK Kampung Sri Renggam menempatkan 73 penduduk daripada 29 keluarga yang merupakan penduduk Kampung Tengah Renggam," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu penduduk diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mengikuti arahan pihak berkuasa serta berada dalam keadaan berjaga-jaga, terutama dengan cuaca yang tidak menentu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!