Malaysia tidak cadang kenakan tarif timbal balik - MITI

Laporan Sinar Harian berkaitan AS kenakan tarif 24 peratus ke atas import Malaysia.
Laporan Sinar Harian berkaitan AS kenakan tarif 24 peratus ke atas import Malaysia.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memandang serius mengenai kenaikan tarif 10 peratus dan tarif timbal balik yang diumumkan Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport Malaysia ke negara itu.

Sehubungan itu, katanya, ia sedang giat mengadakan libat urus dengan pihak berkuasa AS bagi mencari penyelesaian yang akan mendukung semangat perdagangan bebas dan adil.

MITI dalam kenyataan pada Khamis berkata, tarif AS memberi kesan kepada banyak negara dengan potensi implikasi yang ketara terhadap perdagangan dan pertumbuhan global.

National Geoeconomic Command Centre (NGCC) yang diluluskan oleh Kabinet baru-baru ini akan menilai kesan daripada pengumuman terbaru AS itu dan mempertimbangkan strategi komprehensif dan pelbagai serampang untuk mengurangkan kesan tarif ini ke atas ekonomi dan industri Malaysia.

NGCC yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala MITI berperanan sebagai sekretariat membariskan wakil peringkat tinggi daripada kementerian dan agensi utama.
Artikel Berkaitan:


Fokus utama NGCC adalah untuk memastikan ekonomi Malaysia kekal berdaya saing dalam situasi yang tidak menentu ini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!