Hanya naik RM3 walaupun kos bahan mentah meningkat

Muhd Shah Rizal menjual lemang RM15 sebatang.
Muhd Shah Rizal menjual lemang RM15 sebatang.
A
A
A

ALOR GAJAH - Meskipun berdepan dengan kenaikan kos bahan mentah seperti santan dan beras pulut, seorang peniaga lemang hanya menaikkan RM3 sahaja kepada RM15 sebatang berbanding RM12 tahun lalu.

Muhd Shah Rizal Mohd Ramli, 36, yang menjual lemang sejak 10 tahun lalu bersama isterinya, Nazirah Abd Rahman,35, berkata, walaupun berhadapan kos tinggi, dia tidak sampai hati menjualnya dengan harga tinggi.

Menurutnya, dia mahu mengekalkan lemang sebagai hidangan mampu dibeli pada musim perayaan ini.

"Kalau santan tak naik harga memang tahun ini kami kekalkan harga sama.

"Alhamdulillah, dengan harga yang tidak membebankan ini saya mampu menjual sehingga 200 batang lemang sehari," katanya ketika ditemui di Durian Daun Masjid Tanah, di sini, pada Selasa.

Jelasnya, dia berhasrat mahu menurunkan harga semula pada tahun hadapan jika berjaya mencari pembekal santan yang menawarkan harga murah dan berkualiti.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!