Terpaksa naikkan harga lemang akibat kenaikan kos bahan mentah

Kenaikan harga santan menyebabkan Kamarudin terpaksa menaikkan harga lemang pada tahun ini.
Kenaikan harga santan menyebabkan Kamarudin terpaksa menaikkan harga lemang pada tahun ini.
A
A
A

TEMERLOH - Kenaikan harga bahan mentah khususnya santan menyebabkan menyebabkan peniaga lemang di sini terpaksa menaikkan harga hingga RM20 sebatang bagi saiz besar juadah popular ketika Aidilfitri.

Bagi peniaga lemang Kamarudin Abdul Rashid, 61, dia mengakui terpaksa menaikkan hingga harga tersebut berbanding RM17 sebatang bagi saiz tersebut pada Aidilfitri sebelumnya.

"Kenaikan bahan mentah sekali ganda seperti santan yang saya dapat pada harga RM17 sekilogram menyebabkan harga lemang terpaksa dinaikkan pada tahun ini.

"Bagi saiz kecil, ia dijual antara RM12 hingga RM13 berbanding RM10 sebatang sebelum ini," katanya.

Kamarudin yang mula berniaga lemang sejak 16 tahun lalu berkata, kenaikan bahan mentah tahun ini amat terasa dan menjejaskan mereka.

"Selain santan, harga buluh lemang pun meningkat dan ini juga memberikan kesan kepada peniaga kecil," jelasnya menjual lemang setiap hari.

Selain menjual terus kepada orang ramai, dia memberitahu lemang yang dijual mendapat tempahan untuk majlis terbuka khususnya selain dihantar ke kedai serta restoran.

"Untuk bulan biasa, harga lemang sedikit murah antara RM15 hingga RM17 sebatang bagi saiz besar.

"Ini kerana saya akan cari buluh sendiri berbanding pada puasa dan Aidilfitri terpaksa bergantung dengan pembekal," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!