UMNO Kelantan ucap tahniah kepada Muhyiddin

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diiringi Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman ketika berangkat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara hari ini. --fotoBERNAMA

A
A
A

KOTA BHARU - UMNO Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kelapan, kata Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Jazlan merakamkan ucapan tahniah itu melalui laman sosial Facebooknya turut memberitahu, hampir satu minggu tanah air berdepan dengan krisis politik yang tidak menentu dan merisaukan hati rakyat.

"Alhamdulillah, segalanya telah berakhir dan kita kembali untuk memacu hala tuju negara ke jalan yang sebenar bagi membentuk negara maju yang berdaya saing dan berkedudukan ekonomi yang kukuh dan mapan.

"Dari rakyat kepada rakyat, kita berkhidmat demi agama, bangsa dan tanah air," katanya.

Artikel Berkaitan: