PDRM ucap tahniah kepada Muhyiddin

Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakam ucapan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kelapan selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pelantikan itu adalah selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

"PDRM kekal komited memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga keselamatan negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang demi kesejahteraan masyarakat serta negara di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Tan Sri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, Muhyiddin selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini pada jam 10.33 pagi.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri kelapan

Dipecat, bangun semula dan kini PM ke-8

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin bukanlah PM sebenar, kata Dr Mahathir

Agong enggan jumpa saya lagi - Tun Mahathir

Jangan persoal keputusan Agong lantik Muhyiddin