Gangguan bekalan elektrik jejas beberapa bandar utama Syria

Dua kanak-kanak lelaki melihat telefon bimbit di jalan gelap di Damsyik, Syria. Foto AP
Dua kanak-kanak lelaki melihat telefon bimbit di jalan gelap di Damsyik, Syria. Foto AP
A
A
A

DAMSYIK - Gangguan bekalan elektrik berskala besar melanda kebanyakan bandar utama Syria pada Selasa malam, menyebabkan penduduk terpaksa bergelap, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ketua Pengarah Perbadanan Awam Pemindahan dan Pengagihan Elektrik, Khaled Abu Di, memberitahu agensi berita rasmi Syria (SANA) bahawa gangguan elektrik di seluruh negara itu berpunca daripada kegagalan teknikal dalam sistem elektrik.

Beliau berkata usaha sedang giat dijalankan untuk membaiki kerosakan dan memulihkan bekalan elektrik secepat mungkin.

Penduduk di Aleppo memberitahu dpa bahawa bekalan elektrik terputus di seluruh bandar itu dan kawasan luar bandar sekitarnya.

Gangguan serupa turut dilaporkan di Homs, Hama dan ibu negara Damsyik, dengan kebanyakan kawasan perumahan yang bergantung kepada grid elektrik kerajaan mengalami tegah liputan.

Insiden ini berlaku sehari selepas gangguan bekalan elektrik sepenuhnya menjejaskan Wilayah Daraa dan Sweida di selatan Syria susulan kecurian talian kuasa voltan tinggi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!