Pelantikan Muhyiddin penutup babak sedih politik negara

Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan
A
A
A

KANGAR - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan berharap pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan dapat menjadi penutup kepada babak sedih politik negara.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu juga berharap melalui pelantikan Muhyiddin hari ini, menandakan negara kini akan memulakan langkah baharu untuk dibina semula.

Menurutnya, pemimpin yang menerima amanah perlu memastikan jasa kepimpinan terdahulu akan terus dikenang dan dihargai.

"Tugas amat berat yang terpaksa mereka pikul ialah untuk menyatukan semula negara dengan memastikan kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia kembali menjadi tunjang kekuatan kita," katanya.

Tambah Wan Saiful, Bersatu juga perlu kembali disatukan dengan disiplin yang kemas dan pergerakan jentera yang lebih tersusun.

"Hal ini bagi memastikan segala bentuk gerak kerja dapat dilakukan selari dengan kehendak dan matlamat yang ingin dicapai," katanya.

Artikel Berkaitan: