Dua kali ditegur, penumpang tetap hisap vape dalam pesawat

Gelagat penumpang lelaki tersebut yang secara terang-terangan melanggar peraturan sewaktu menaiki pesawat. Foto Agensi
Gelagat penumpang lelaki tersebut yang secara terang-terangan melanggar peraturan sewaktu menaiki pesawat. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Sebuah klip tular memaparkan gelagat penumpang pesawat 'tak makan saman' yang selamba menghisap rokok elektronik (e-rokok) ketika dalam penerbangan.

Kejadian itu berlaku ketika pesawat Garuda Indonesia dalam perjalanan dari Jakarta ke Medan pada minggu lalu.

Pengarah Utama Garuda Indonesia, Wamildan Tsani memberitahu mereka telah mengambil tindakan tegas terhadap penumpang lelaki tersebut yang secara terang-terangan melanggar peraturan ketika menaiki pesawat.

"Kami mengikut prosedur sepatutnya termasuk menegur individu itu sebanyak dua kali, namun tidak dihiraukan olehnya.

"Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, dia kemudiannya dibawa oleh pasukan keselamatan penerbangan (Avsec) untuk siasatan selanjutnya," jelasnya lagi.

Di bawah peraturan sedia ada, merokok di dalam pesawat termasuk vape di dalam pesawat adalah sama sekali dilarang di bawah Undang-undang Nombor 1 Tahun 2009 berkaitan penerbangan.

Larangan tersebut selaras dengan ketetapan peraturan yang dikeluarkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang telah diguna pakai di kebanyakan negara.

Kesalahan yang dilakukan penumpang tersebut boleh menyebabkannya dikenakan denda sehingga 2.5 bilion rupiah (RM667,700) dan hukuman penjara maksimum lima tahun. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!