Myanmar berkabung seminggu susulan gempa bumi dahsyat

Pasukan penyelamat bertungkus lumus menjalankan operasi menyelamat penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Foto AFP
Pasukan penyelamat bertungkus lumus menjalankan operasi menyelamat penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Foto AFP
A
A
A

MANDALAY (Myanmar) - Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing pada Isnin mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu susulan gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda negara itu pada 28 Mac, lapor Xinhua.

Sebagai tanda memperingati dan simpati terhadap kemusnahan serta kehilangan nyawa akibat bencana itu, tempoh 31 Mac hingga 6 April diisytiharkan sebagai hari berkabung negara. Sepanjang tempoh ini, bendera negara akan dikibarkan separuh tiang, katanya.

Menurut Majlis Pentadbiran Negara Myanmar pada Ahad, kira-kira 1,700 orang maut, 3,400 cedera dan 300 lagi masih hilang dalam gempa bumi dahsyat itu. - Bernama/Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!