Kilang kitar semula di Pasir Gudang terbakar

Keadaan kilang kitar semula di kawasan perindustrian Pasir Gudang yang terbakar awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba

A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebuah kilang kitar semula di kawasan perindustrian Pasir Gudang terbakar awal pagi tadi.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 1, Mohamad Faizul Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.37 pagi.

Katanya, seramai 40 anggota bomba, tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), dua jentera water tanker, tiga jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Johor Jaya, Larkin,Tebrau dan Penawar dikejarkan ke lokasi kejadian.

Keadaan kilang kitar semula di kawasan perindustrian Pasir Gudang yang terbakar awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba
Keadaan kilang kitar semula di kawasan perindustrian Pasir Gudang yang terbakar awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba

"Kebakaran masih belum dapat dikawal kerana bahan tersebut merupakan bahan buangan yang mudah terbakar.

"Tindakan operasi pemadaman menggunakan teknik defensif dengan membuat 'cooling' di bangunan berhampiran," katanya.

Jelasnya, punca kebakaran dan anggaran kebakaran masih dalam siasatan.

"Operasi pemadaman masih dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan: