Gempa bumi kuat gegar Tonga, tiada ancaman tsunami di Malaysia - MetMalaysia

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan berlaku berdekatan negara kepulauan Pasifik, Tonga pada Ahad, jam 8.18 malam.
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan berlaku berdekatan negara kepulauan Pasifik, Tonga pada Ahad, jam 8.18 malam.
A
A
A

SHAH ALAM - Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan berlaku berdekatan negara kepulauan Pasifik, Tonga pada Ahad, jam 8.18 malam.

Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kejadian itu menerusi satu hantaran di platform X.

Met Malaysia melaporkan, kedalaman pusat gempa tersebut ialah di koordinat 20.4 darjah selatan dan 173.9 darjah barat dengan kedalaman 10 kilometer (km).

“Gempa tersebut berada di 843 km timur dari Laucala, Fiji.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!