Isu peniaga belon: DBKL perlu tampil beri penjelasan - Ahmad Fadhli

Laporan Sinar Harian mengenai video tular yang memaparkan kakitangan pihak berkuasa itu mengasari peniaga belon di Jalan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Gambar kecil: Ahmad Fadhli
Laporan Sinar Harian mengenai video tular yang memaparkan kakitangan pihak berkuasa itu mengasari peniaga belon di Jalan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Gambar kecil: Ahmad Fadhli
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu tampil membuat penjelasan berhubung video tular yang memaparkan kakitangan pihak berkuasa itu mengasari peniaga belon di Jalan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) malam tadi.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ini kerana video sependek itu tidak boleh menceritakan semua sudut secara adil.

"Namun, wajarkah tindakan sekeras itu untuk seorang penjual belon di tepi jalan?

"Justeru DBKL wajib memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Jangan nanti orang berkata, orang kecil yang tidak berlesen seperti ini dikasari, ‘orang besar’ tidak berlesen ditatang setinggi-tinggi," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, tular satu video yang menyaksikan seorang penjual belon dikasari oleh sekumpulan penguat kuasa DBKL termasuk kakitangan dipercayai berpakaian awam.

Dalam rakaman video tular itu, penjual belon itu dikasari sehingga dia terjatuh dan berguling di atas jalan raya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!