Budak derita kanser tulang minta jubah putih untuk Aidilfitri

Ahmad Rizki meminta untuk mengenakan pakaian jubah putih pada hari raya nanti.
Ahmad Rizki meminta untuk mengenakan pakaian jubah putih pada hari raya nanti.
A
A
A

KUALA KRAI - Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Sungai Embak di sini yang menderita kanser tulang meminta untuk mengenakan pakaian jubah putih pada hari raya nanti walaupun dia kini hanya terlantar.

Ahmad Rizki Hasbullah, pelajar Darjah Lima dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Embak itu merayu kepada ibunya, Siti Rabiah Hazmah, 53, untuk mendapatkan jubah tersebut sehingga memasang niat untuk meminjam dari rakan baiknya.

Menurut ibu tunggal itu, anak bongsu daripada lima beradik tersebut dikesan mempunyai kanser tulang pada Oktober tahun lepas apabila dia mengadu sakit lutut.

Ahmad Rizki dikesan mempunyai kanser tulang pada Oktober tahun lepas apabila dia mengadu sakit lutut.
Ahmad Rizki dikesan mempunyai kanser tulang pada Oktober tahun lepas apabila dia mengadu sakit lutut.

"Ketika itu selama tiga minggu dia mengadu sakit pada bahagian lutut namun tetap gagahkan diri ke sekolah serta tidak pernah ponteng solat berjemaah di madrasah berhampiran kerana Ahmad Rizki merupakan muazin.

"Sehinggalah satu hari, kaki kanannya terlampau sakit dan dia terpaksa ponteng ke madrasah. Saya telah membawa dia mendapatkan rawatan di hospital berhampiran sebelum di diagnosis mempunyai kanser," katanya kepada Sinar Harian.

Siti Rabiah memberitahu, semenjak itu dia terpaksa berulang alik ke Hospital Sultan Ismail Petra dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) bagi membolehkan Ahmad Rizki mendapatkan rawatan.

Ujarnya, Ahmad Rizki mulai terlantar sejak November lalu selepas melalui operasi pembedahan.

"Sejak itu dia hanya mampu berbaring dan bengkak pada kaki kanannya semakin membesar. Disebabkan itulah dia tidak dapat bergerak walaupun tidak berasa sakit.

Artikel Berkaitan:

"Saya sendiri sudah lama tidak keluar menoreh kerana perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada Ahmad Rizki. Segala perbelanjaan dapur dan harian hasil sumbangan anak-anak yang lain," katanya.

Guru-guru SK Sungai Embak datang melawatnya Ahmad Rizki di rumahnya.
Guru-guru SK Sungai Embak datang melawatnya Ahmad Rizki di rumahnya.

Sebelum itu Ahmad Rizki mendapat perhatian daripada guru-guru SK Sungai Embak yang datang melawatnya di rumah.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya melalui akaun Public Bank 4765932809 atas nama Siti Rabiah Hamzah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!