Qiamullai Masjid Muhammadi

A
A
A
Umat Islam menunaikan solat sunat di Masjid Muhammadi demi mendapatkan malam Lailatul Qadar yang hanya ada pada bulan Ramadan.

Tatkala sebahagian umat Islam sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri, ada yang memilih jalan berbeza-meninggalkan seketika hiruk-pikuk dunia demi mencari ketenangan rohani. Dengan penuh pengharapan, mereka berusaha meraih keistimewaan Lailatul Qadar, malam yang dijanjikan limpahan rahmat dan keampunan.

Lailatul Qadar bukan sekadar satu malam, tetapi anugerah luar biasa yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan, seperti yang disebut dalam Al-Quran. Pada malam inilah turunnya wahyu pertama, membawa sinar petunjuk bagi umat manusia dan menjadikannya malam yang dipenuhi keberkatan.

Bagi menghidupkan malam yang mulia ini, umat Islam beriktikaf di masjid, menenggelamkan diri dalam lautan ibadah-solat sunat, bacaan Al-Quran, zikir, dan doa yang dipanjatkan hingga fajar menyingsing. Setiap lafaz doa, setiap hela nafas yang bergetar, membawa mereka lebih dekat kepada keampunan Ilahi.

Sepuluh malam terakhir Ramadan, khususnya pada malam-malam ganjil, menjadi detik paling dinanti. Mereka yang benar-benar mendamba keredaan Allah akan berjaga sepanjang malam, memperbanyakkan amal, berharap untuk bertemu malam Lailatul Qadar-malam yang tiada bandingannya dalam sejarah kehidupan manusia.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!