Aliran trafik di Gua Musang mulai sesak di pintu masuk sempadan

Aliran trafik di beberapa jalan utama Persekutuan di jajahan Gua Musang dilaporkan sesak sehingga jam 9 pagi ini, berikutan orang ramai mula pulang bagi menyambut Aidilfitri. Foto Bernama
Aliran trafik di beberapa jalan utama Persekutuan di jajahan Gua Musang dilaporkan sesak sehingga jam 9 pagi ini, berikutan orang ramai mula pulang bagi menyambut Aidilfitri. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Aliran trafik di beberapa jalan utama Persekutuan di jajahan Gua Musang dilaporkan sesak sehingga jam 9 pagi ini, berikutan orang ramai mula pulang bagi menyambut Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, walaupun berlaku kesesakan dan pergerakan kenderaan agak perlahan, namun aliran trafik masih terkawal.

"Kesesakan berlaku terutamanya di sempadan masuk Gua Musang-Kuala Lipis, yang merupakan kawasan ‘bottle neck’ sepanjang kira-kira lima kilometer (km).

"Keadaan ini berpunca daripada pertambahan kenderaan yang masuk dari Kuala Lumpur ke negeri ini melalui pintu masuk Gua Musang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut beliau, kesesakan paling ketara berlaku di sempadan Gua Musang-Kuala Lipis disebabkan laluan yang menyempit daripada dua lorong kepada satu lorong.

Katanya pihak polis akan menjalankan penyuraian trafik secara berkala bagi mengurangkan masalah kesesakan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!