Penghuni sempat keluar sebelum dua rumah atas air roboh

Pasukan bomba membuat pemantauan selepas menerima aduan terdapat dua rumah roboh di perkampungan atas air di Kampung Sim-Sim, Sandakan.
Pasukan bomba membuat pemantauan selepas menerima aduan terdapat dua rumah roboh di perkampungan atas air di Kampung Sim-Sim, Sandakan.
A
A
A

SANDAKAN - Dua rumah di kawasan perkampungan atas air di Kampung Sim-Sim di sini, roboh dalam kejadian pada Khamis.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua penghuni sempat keluar lebih awal setelah menyedari keadaan struktur rumah yang tidak stabil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.47 pagi.

Struktur salah satu rumah ranap dalam kejadian di perkampungan atas air di Kampung Sim-Sim, Sandakan.
Struktur salah satu rumah ranap dalam kejadian di perkampungan atas air di Kampung Sim-Sim, Sandakan.

Menurutnya, seramai lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari BBP Sandakan.

Katanya, dua rumah jenis tidak kekal itu roboh dan menyebabkan 90 peratus kerosakan pada kedua-dua struktur rumah tersebut.

"Rumah-rumah itu didiami oleh lapan penghuni, namun mereka telah keluar sejak malam tadi setelah menyedari keadaan struktur rumah tidak stabil," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Severinus memaklumkan bahawa pasukan bomba telah melakukan pemantauan di lokasi kejadian sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.40 pagi setelah memastikan tiada ancaman lain di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Keadaan rumah yang hampir ditenggelami air selepas roboh dalam kejadian di perkampungan atas air di Kampung Sim-Sim, Sandakan.
Keadaan rumah yang hampir ditenggelami air selepas roboh dalam kejadian di perkampungan atas air di Kampung Sim-Sim, Sandakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!