Hussamuddin ucap tahniah kepada Jakel atas usaha tegakkan syiar Islam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua kiri) melakukan gimik Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Madani milik Kumpulan Jakel di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Khamis. (Gambar kecil: Hussamuddin)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua kiri) melakukan gimik Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Madani milik Kumpulan Jakel di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Khamis. (Gambar kecil: Hussamuddin)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub mengucapkan tahniah kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel atas inisiatif pembinaan Masjid Madani di ibu kota.

Hussamuddin berkata, syarikat tekstil terkemuka itu telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menegakkan syiar Islam, dengan membina masjid berkenaan.

"Segala masalah yang timbul sebelum ini telah diatasi dan kini, Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid Madani telah pun selesai. Tahniah dan syabas kepada Mohamed Faroz serta keluarga," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut yang berlangsung pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, serta Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel selaku Pengarah Urusan Kumpulan Jakel.

Masjid Madani yang dibangunkan di atas tanah milik Jakel di Lot 328, Jalan Munshi Abdullah di sini dijangka siap sepenuh dalam tempoh dua tahun.

Terdahulu, Mohamed Faroz dilaporkan berkata, masjid yang dibina di atas tanah seluas 12,142 kaki persegi itu turut mempunyai dewan acara, selain pejabat serta kemudahan asas lain.

Menurutnya, berkonsepkan inti pati Malaysia dan setinggi empat tingkat, masjid itu mampu menampung kira-kira 2,900 jemaah pada satu-satu masa termasuk 592 jemaah di ruang utama solat yang terletak di tingkat satu.

Masjid Madani dijangka siap dalam masa 24 bulan dari tarikh pembinaan dan akan menjadi satu lagi mercu tanda pembangunan syiar Islam di Lembah Klang khususnya Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!