Pekerja syarikat pendawaian dikhuatiri lemas tercampak dari bot

Seorang pekerja syarikat pendawaian dikhuatiri lemas selepas tercampak dari bot yang dinaikinya di Sungai Batang Igan, Bungan Kecil di Mukah, kira-kira 160 kilometer dari sini, petang tadi. - Gambar hiasan
Seorang pekerja syarikat pendawaian dikhuatiri lemas selepas tercampak dari bot yang dinaikinya di Sungai Batang Igan, Bungan Kecil di Mukah, kira-kira 160 kilometer dari sini, petang tadi. - Gambar hiasan
A
A
A

SIBU - Seorang pekerja syarikat pendawaian dikhuatiri lemas selepas tercampak dari bot yang dinaikinya di Sungai Batang Igan, Bungan Kecil, di Mukah, kira-kira 160 kilometer dari sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan operasi mencari dan menyelamat sehingga lewat petang masih gagal menemukan mangsa, Saffuan Zaffari, 30.

"Sebaik sahaja panggilan kecemasan diterima pada 2.30 petang, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah segera digerakkan ke lokasi kejadian, kira-kira 48 kilometer dari balai berkenaan.

"Maklumat awal daripada orang awam mendapati sekitar pukul 2 petang, bot dinaiki mangsa melanggar sebatang kayu hanyut di sungai, menyebabkan mangsa tercampak,” menurut kenyataan itu malam ini.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak memaklumkan pasukan bomba bersama penduduk kampung melakukan pencarian dalam radius satu kilometer ke hulu dan hilir sungai, namun sehingga 6.30 petang, mangsa masih gagal ditemukan dan operasi akan disambung esok dengan bantuan beberapa agensi lain. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!