Trump tak puas hati lukisan potret dirinya buruk

WASHINGTON - Negeri Colorado akur untuk menurunkan potret Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump daripada paparan umum selepas beliau tidak berpuas hati dengan imej tersebut.
“Tiada siapa yang suka melihat gambar atau lukisan wajah mereka yang buruk untuk ditatap,” luah Trump menerusi platform Truth Social.
Beliau turut mendakwa artis kelahiran Britain, Sarah Boardman telah kehilangan bakat kerana faktor usia.
“Artis sama menghasilkan lukisan minyak bekas Presiden, Barack Obama, namun imejnya lebih sedap mata memandang berbanding potret saya,” katanya lagi.
Susulan itu, beliau menggesa Gabenor Colorado, Jared Polis supaya menurunkan lukisan tersebut yang telah digantung di rotunda Capitol di Denver sejak 2019.
“Terpulang kepada Parti Republikan jika mereka sanggup mengeluarkan wang untuk potret Trump,” ujar Pengarah Komunikasi untuk Parti Demokrat, Jarrett Freedman. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!