Anwar puas hati dengan harga barangan keperluan menjelang Aidilfitri

Anwar (tiga dari kiri) meninjau harga ayam yang dijual dengan harga RM1 sekilogram sempena kehadirannya di Mydin USJ, Subang Jaya, pada Khamis.
Anwar (tiga dari kiri) meninjau harga ayam yang dijual dengan harga RM1 sekilogram sempena kehadirannya di Mydin USJ, Subang Jaya, pada Khamis.
A
A
A

SUBANG JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan harga barang keperluan yang dijual di pasaran tempatan menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Malah, Perdana Menteri berkata, beliau juga gembira kerana harga barangan keperluan musim perayaan adalah lebih murah daripada harga sebenar di pasaran tempatan.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan tinjauan dibuat didapati bekalan barangan keperluan musim perayaan sepert telur ayam, barang merah dan banyak lagi juga mencukupi pada tahun ini.

"Saya juga berasa bangga dengan kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta seperti Mydin yang berusaha keras untuk memastikan harga barang tidak mengalami kenaikan menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

"Ini adalah kali pertama berlaku sejak saya mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet Kawalan Harga Barang Keperluan pada tahun 1990-an," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau harga barang keperluan di Mydin USJ, Subang Jaya pada Khamis.

Turut hadir, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Mydin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sempena kehadiran Perdana Menteri, Mydin turut menjual 500 ayam dengan harga RM1 sekilogram kepada pelanggan terpilih.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, serta pihak swasta seperti Mydin yang telah berusaha keras untuk memastikan tiada kenaikan harga menjelang perayaan Aidilfitri ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya ingat ini dalam sejarah bekalan barangan keperluan musim perayaan seperti telur ayam dan ayam tidak mengalami kenaikan dan bekalannya mencukupi.

"Perkembangan ini belum pernah saya lihat sejak tahun ini aktif dalam pemerintahan dan pembangkang dari tahun 1980-an ke-90-an.

"Jadi, kita harus bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada syarikat, pihak berkuasa, dan kementerian yang terlibat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!