Keputusan kes pukul pengawal kerana puasa Jumaat ini

Keputusan kes seorang ahli perniagaan yang didakwa di Mahkamah Majistret di Klang atas pertuduhan mencederakan dua pengawal peribadi kerana berpuasa empat tahun lalu, diketahui pada Jumaat ini.
Keputusan kes seorang ahli perniagaan yang didakwa di Mahkamah Majistret di Klang atas pertuduhan mencederakan dua pengawal peribadi kerana berpuasa empat tahun lalu, diketahui pada Jumaat ini.
A
A
A

KLANG – Keputusan kes seorang ahli perniagaan yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederakan dua pengawal peribadi kerana berpuasa empat tahun lalu, diketahui pada Jumaat ini.

Berdasarkan sistem e-filing mahkamah (EFS), keputusan kes itu akan diputuskan Majistret Siti Zubaidah Mahat pada jam 9 pagi.

Pada 22 April 2021, Chung Chee Yang, 47, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pertama, menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Azminizam Zulkepli, 48, iaitu ugutan hendak menyebabkan kecederaan parah menggunakan pistol.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa bersubahat dengan seorang individu iaitu mengarahkannya untuk mencederakan Ahmad Shamsuri Zailani, 31, dan Mohd Azminizam dengan menggunakan rotan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 324 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika disabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa mengeluarkan perkataan-perkataan seperti puasa dan ALLAH yang mana ia boleh didengar oleh Ahmad Shamsuri, dengan niat melukakan perasaan keagamaan orang tersebut.

Kali ini pertuduhan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kelima, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Azminizam.

Artikel Berkaitan:

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan di luar halaman rumah, di Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi di sini, antara jam 10.30 hingga 11.30 malam, pada 13 April 2021.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!