Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

'Teh tarik menteri' buat abang bomba

25 Mac 2025 | VIDEO
A
A
A
Bertuah bila ada menteri datang memasak dan bersahur bersama 108 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah awal Ramadan lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang tiba di balai bomba itu pada jam 5 pagi disambut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad dan barisan pegawai bomba bertugas.

Nga atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Kor Meng’ turut menunjukkan skil membancuh teh tarik dan menggoreng telur untuk anggota bomba bertugas di balai berkenaan.