RM1.9 juta nilai kerugian jenayah penipuan dalam talian di Jasin

Mohamad Rusli (tengah) bersama anggota dan pegawai polis daerah itu yang menerima sijil penghargan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218 Peringkat IPD Jasin pada Selasa.
Mohamad Rusli (tengah) bersama anggota dan pegawai polis daerah itu yang menerima sijil penghargan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218 Peringkat IPD Jasin pada Selasa.
A
A
A

JASIN - Polis Jasin merekodkan sebanyak RM1.9 juta jumlah kerugian bagi kes jenayah penipuan dalam talian di daerah ini bermula awal Januari lalu hingga Mac ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat berkata, kerugian yang mencecah jutaan ringgit dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dianggap satu nilai yang besar berbanding RM451,330 bagi tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, berdasarkan data yang diperoleh, kebanyakan mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan terdiri dalam kalangan kakitangan awam dan pesara.

Mohamad Rusli
Mohamad Rusli

"Daripada jumlah itu, kerugian tertinggi membabitkan seorang kontraktor lelaki berusia 50-an yang berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM352,000 lesap selepas terpedaya iklan pelaburan palsu di Facebook.

"Mangsa tertarik dengan tawaran keuntungan dijanjikan mencecah hingga RM2 juta, lalu membuat bayaran secara berperingkat. Namun malangnya setelah membuat beberapa kali transaksi, mangsa tidak mendapat pulangan wang seperti dijanjikan dan berasa tertipu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini pada Selasa.

Tambahnya, selain itu jumlah kes yang dilaporkan dalam tempoh tiga bulan berkenaan turut meningkat daripada 35 kes kepada 74 kes.

"Kita menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan peka jika terdapat elemen penipuan," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain beliau berkata, indeks jenayah daerah sepanjang tahun lalu menurun sembilan peratus kepada 171 kes berbanding 188 kes pada tahun sebelumnya

"Antara yang menyumbang kepada penurunan kes jenayah termasuk peningkatan program-program keberadaan polis dalam komuniti," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!