Polis siasat insiden lelaki dipukul di persimpangan lampu isyarat

Tangkap layar insiden mangsa dipukul di kepala di persimpangan lampu isyarat.
Tangkap layar insiden mangsa dipukul di kepala di persimpangan lampu isyarat.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan sedang menyiasat insiden seorang lelaki dipukul di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tampoi dan Jalan Persiaran Tanjung, di sini, susulan penularan video kejadian itu di aplikasi TikTok pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, video berkenaan dimuat naik di akaun TikTok @epul_676 dan mendapat perhatian pihak berkuasa.

Beliau berkata, mangsa juga telah membuat laporan polis pada petang Isnin dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku sekitar jam 4.40 petang Ahad lalu di persimpangan lampu isyarat.

"Difahamkan, mangsa sebelum itu terlibat dalam perselisihan faham dengan seorang lelaki tidak dikenali yang turut menunggang motosikal di lokasi kejadian.

"Suspek kemudian bertindak memukul mangsa beberapa kali di bahagian kepala sebelum melarikan diri," katanya.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!