Lelaki agih baju Melayu terpakai secara percuma

Tangkap layar video perkongsian TikTok milik @mufarizam.
Tangkap layar video perkongsian TikTok milik @mufarizam.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki mengambil inisiatif mengagihkan Baju Melayu terpakai secara percuma kepada orang ramai di Bazar Ramadan Taman Yayasan, Segamat, Johor.

Menerusi video TikTok milik @mufarizam, Baju Melayu tersebut disangkut pada penyangkut baju yang disediakan bagi memudahkan orang ramai memilih pakaian yang bersesuaian.

Pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang mencuba Baju Melayu tersebut bagi memastikan saiz pakaian tradisional itu sesuai dengan mereka.

Video berdurasi 25 saat itu turut menunjukkan rata-rata pengunjung yang hadir ke tempat dinamakan ‘Free market baju Melayu terpakai’ itu terdiri daripada warga emas dan golongan berkeluarga.

Salah seorang pengguna TikTok, @yeceyeceje turut memuji idea tersebut kerana dapat mengurangkan jumlah pakaian yang disimpan.

Tangkap layar video perkongsian TikTok milik @mufarizam.
Tangkap layar video perkongsian TikTok milik @mufarizam.

“Bagusnya idea ini. Baju kurung lama dan baju Melayu terbiar sahaja dalam almari.

Artikel Berkaitan:

“Hendak asingkan (baju tersebut) sayang, hendak beri orang, tidak tahu nak bagi siapa,” katanya dalam ruangan komen.

Seorang lagi pengguna TikTok, @nnatashaz berkata, dia juga hendak mengikut langkah sama dengan menyumbang beberapa pakaian yang masih dalam keadaan baik kepada orang ramai.

“Boleh kongsikan bagaimana saya hendak menyumbang baju kurung, kurta dan baju Melayu yang tidak dipakai lagi?

“Masih ada yang elok dan baru pakai sekali dua sahaja,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!