Pengemis jadian serbu masjid pada penghujung Ramadan

Zulkifli (tengah) pada sidang akhbar di Jitra.
Zulkifli (tengah) pada sidang akhbar di Jitra.
A
A
A

JITRA - Kebanjiran pengemis jadian yang muncul ketika penghujung Ramadan dan sering dilihat ‘berkampung’ di kawasan masjid perlu ditangani secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, ia juga perlu diteliti secara mendalam selain diselesaikan secara berhikmah.

Menurutnya, bagaimanapun, setiap tindakan yang dilakukan memerlukan kajian dan penelitian supaya tidak dilakukan secara berlebihan biarpun matlamat adalah untuk membendung pengemis daripada berleluasa.

“Ia memerlukan usaha secara menyeluruh melibatkan semua pihak supaya kita dapat menanganinya secara berhikmah, menyeluruh dan tuntas.

“Pada bulan Ramadan ini, biarlah kita ambil aura positif daripada perkara-perkara sebegitu,” katanya ketika hadir program ‘Wanita Darulaman Bertadabbur’ di Pusat Pendidikan Al-Azhar, dekat sini pada Ahad.

Zulkifli berkata, masyarakat juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat dan cadangan berkaitan agar isu berkenaan ditangani sebaik mungkin.

“Kita wajar raikan semua cadangan dan pandangan termasuk daripada orang awam, mereka boleh salurkan kepada pihak berkuasa,

"Sebolehnya kerajaan Madani ingin melakukan sebaiknya kepada semua,” iujarnya.

Menurutnya lagi, sekiranya wujud elemen keraguan kalangan umat Islam untuk bersedekah, mereka boleh merujuk kepada pihak berkuasa berkaitan.

Artikel Berkaitan:

“Kita digalakkan untuk lebih pemurah dan lebih dermawan dalam bulan Ramadan. Roh Ramadan itu sudah pasti seiring dengan amalan Rasulullah SAW apabila tibanya bulan yang mulia ini,” katanya,

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pengemis jadian sama ada rakyat tempatan atau warga asing seolah ‘berkampung’ di persekitaran luar masjid yang mana jumlahnya semakin bertambah menjelang 10 hari terakhir Ramadan.

Saban tahun juga lokasi sama menjadi tumpuan golongan berkenaan, antaranya kawasan pejalan kaki rumah kedai berdekatan Masjid Zahir dan bazar Ramadan. Kebanyakan mereka menadah tangan meminta sedekah daripada orang ramai tanpa segan silu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!