Raja Jordan titah tindakan segera hentikan serangan Israel ke atas Gaza

Baginda menekankan kepentingan menyambung semula bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi mengelakkan situasi kemanusiaan yang sudah pun kritikal daripada menjadi lebih buruk.
Raja Abdullah turut mengulangi pendirian tegas Jordan menentang pengusiran paksa rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
Selain itu, baginda bertitah bahawa terdapat risiko besar yang timbul akibat serangan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat serta pelanggaran berterusan ke atas tapak suci Islam dan Kristian di Baitulmaqdis. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
