'Sorok kepala harimau kumbang dalam peti sejuk'

Kepala harimau kumbang ditemui dalam peti sejuk beku di Cameron Highlands, Pahang pada Rabu.
Kepala harimau kumbang ditemui dalam peti sejuk beku di Cameron Highlands, Pahang pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu kepala harimau kumbang ditemui dalam peti sejuk di sebuah kedai runcit di Cameron Highlands, Pahang pada Rabu.

Pembongkaran itu dibuat menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang serta Renjer Komuniti.

Lebih licik, kepala haiwan spesies dilindungi yang sudah beku itu diletak dengan dicampur pelbagai jenis makanan sejuk beku lain.

Abdul Kadir
Abdul Kadir

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tiga individu tempatan berusia lingkungan 38 hingga 68 tahun ditahan pada jam 1.56 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati, mereka dipercayai adalah pemburu haiwan di dalam hutan.

"Hasil pemeriksaan menemui bahagian hidupan liar disyaki kepala harimau kumbang disimpan dalam plastik biru yang diletakkan dalam peti sejuk beku sebuah kedai.

"Kita merampas kepala harimau kumbang dan peti sejuk dianggarkan bernilai RM115,000," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands untuk siasatan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Artikel Berkaitan:

Menurut Abdul Kadir, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti sumber bahagian hidupan liar terancam itu diperolehi.

"Mana-mana individu yang menjalankan aktiviti kegiatan pemburuan haram, pencerobohan dan pelbagai kesalahan jenayah hidupan liar diingatkan supaya menghentikan kegiatan itu atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Sebarang aduan dan maklumat boleh salurkan kepada Perhilitan di talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!