Gajah denak mengiringi gajah liar


A
A
A
Bagi penduduk kampung sekitar serta pengguna laluan ini, kelibat haiwan darat terbesar itu merayau di tepi jalan, memasuki kampung, dan menceroboh kebun bukan lagi sesuatu yang luar biasa.
Namun, kehadiran "abang besar" ini bukan sekadar mencuri perhatian, tetapi juga membawa ancaman-merosakkan tanaman dan harta benda, seperti yang dialami penduduk Kampung Bandariang dan Kampung Perah.
Di Kampung Tanjung Rimbun I dan II, pekebun berdepan kerugian besar apabila ratusan anak pokok getah musnah akibat pencerobohan "sang belalai."
Meskipun kerajaan menyediakan pampasan, jumlahnya jauh dari mencukupi untuk menampung modal yang hilang, menyebabkan ada yang akhirnya mengalah dan meninggalkan kebun yang sekian lama diusahakan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
