Dua premis diserbu jual minyak kenderaan tiruan

Pegawai KPDN Perak menyerbu dua premis di Ipoh dan Batu Gajah minyak penyelenggaraan kenderaan disyaki tiruan pada Rabu. Foto ihsan KPDN Perak
Pegawai KPDN Perak menyerbu dua premis di Ipoh dan Batu Gajah minyak penyelenggaraan kenderaan disyaki tiruan pada Rabu. Foto ihsan KPDN Perak
A
A
A

IPOH – Dua premis di Batu Gajah dan Bandar Seri Botani diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak pada Rabu selepas disyaki menjual minyak penyelenggaraan kenderaan tiruan.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan itu dilakukan hasil aduan dan maklumat daripada wakil pemilik cap dagang yang mengesyaki terdapat 2,074 unit cecair penyelenggaraan kenderaan berjenama disyaki tiruan di premis berkenaan.

"Hasil pemeriksaan menemui 748 unit minyak pelincir enjin, 1,304 unit minyak pelincir gear dan 22 unit cecair penyejuk enjin.

"Wakil syarikat cap dagang telah melakukan pengesahan awal ke atas barangan terbabit dan kesemua barangan bernilai RM37,035.20 serta dokumen berkaitan telah disita untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, siasatan diteruskan kerana pemilik premis disyaki melakukan kesalahan di bawah subseksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019, iaitu memiliki, menyimpan atau mengawal barang yang mempunyai cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah untuk tujuan perdagangan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!