Syed Saddiq tampak bersemangat hadir prosiding rayuan kes dana Armada

Syed Saddiq hadir ke Mahkamah Rayuan pada Khamis berhubung rayuannya bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dengan dua sebatan serta denda RM10 juta kerana bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada.
Syed Saddiq hadir ke Mahkamah Rayuan pada Khamis berhubung rayuannya bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dengan dua sebatan serta denda RM10 juta kerana bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi menghadiri rayuan yang memasuki hari kedua berhubung dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) pada Khamis.

Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu tiba kira-kira jam 10.20 pagi dan dilihat bersemangat sambil ditemani keluarganya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu sebelum ini disabitkan dengan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Armada.

Pada Rabu, Mahkamah Rayuan di sini memaklumkan bahawa tiada keputusan akan dibuat berhubung rayuan Syed Saddiq bagi mengetepikan sabitan serta hukuman tersebut.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, menyatakan demikian ketika prosiding bermula pada jam 12.15 tengah hari.

Syed Saddiq berdepan empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Kes berkenaan akan diputuskan selepas hujahan di Mahkamah Rayuan Putrajaya yang berlangsung selama dua hari pada Rabu dan Khamis.

Prosiding rayuan ini merupakan peringkat kedua pengadilan, di mana sekiranya didapati kekal bersalah, Syed Saddiq masih boleh membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, jika panel hakim mendapati keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan, maka beliau akan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!