Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

MSM ceriakan pelajar berbuka puasa jauh daripada keluarga

19 Mac 2025 | VIDEO
A
A
A
MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) terus bergiat aktif di bulan Ramadan dengan menyantuni lebih 500 warga Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) sempena program Jaulah Iftar Pelajar.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulannya, Hasni Ahmad berkata, inisiatif menaja program berbuka puasa itu adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk aktif menyumbang kepada pembangunan sosial komuniti yang memerlukan.