AC Mizal jawab dakwaan Suke TV bakal gulung tikar

Didakwa stesen TV miliknya bakal gulung tikar, AC tidak melatah.
Didakwa stesen TV miliknya bakal gulung tikar, AC tidak melatah.
A
A
A

PENGACARA Datuk AC Mizal menafikan dakwaan stesen televisyen miliknya, Suke TV bakal menamatkan operasi tidak lama lagi.

Kata pemilik nama sebenar Mizal Zaini, 54, stesen tersebut masih beroperasi seperti biasa dan bakal menyajikan pelbagai rancangan menarik untuk tontonan ramai.

"Suke TV berjalan seperti biasa, belum bankrap dan masih beroperasi seperti biasa.

"Akan ada berita gembira tidak lama lagi. Alhamdulillah kami sudah tiga tahun, banyak perancangan yang akan dilakukan selepas ini," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan pihaknya gagal membuat pembayaran gaji pekerja, pengacara TV terkenal itu memilih menyelesaikan perkara berbangkit tersebut di mahkamah.

AC memilih untuk membersihkan namanya menerusi mahkamah.
AC memilih untuk membersihkan namanya menerusi mahkamah.

Jelasnya, dia lebih senang menyerahkan isu berkenaan kepada pihak mahkamah bagi membersihkan nama baiknya yang sudah tercemar.

"Mengenai dakwaan itu, sekarang dalam peringkat mahkamah, kami sedang saling menyaman dan saya serahkan kepada pihak peguam.

Artikel Berkaitan:

"Urusan itu juga akan berjalan selepas raya, memang tiada perjumpaan luar kerana saya lebih suka selesaikan di mahkamah," jelasnya ketika ditemui pada Tayangan Perdana Program Raya Astro 2025, baru-baru ini.

Bagaimanapun bekas pelakon siri dan filem Gerak Khas itu tidak menafikan setiap perniagaan ada pasang surutnya, namun ia tidak mematahkan semangatnya meneruskan usaha mengembangkan stesen tersebut.

"Asam garam perniagaan itu ada, turun naik pun ada tetapi kami uruskan dengan sebaik mungkin. Kadang kala perniagaan ini memerlukan perancangan yang betul, saya tidak mahu hebahkan tetapi akhirnya semua terbengkalai.

"Disebabkan kami bersaing dengan stesen televisyen lain kami kena lihat masa sesuai. Pelaburan diperlukan kandungan besar jadi kami perlu pastikan stesen lain memberi ruang kepada kami yang kecil," ujarnya lagi.

Tahun lalu seorang personaliti TV mendedahkan gajinya ketika berkhidmat di sebuah stesen televisyen masih lagi tidak dilunaskan.

Bukan hanya berdepan isu pembayaran gaji tetapi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut tertunggak.

Lebih malang, kontraknya ditamatkan lebih awal iaitu pada Ogos 2024 dan masih belum menerima gaji terakhirnya.

Susulan itu, AC tampil dengan satu kenyataan memberitahu dakwaan buruk dilemparkan terhadap stesen itu merupakan satu fitnah dan dia tidak teragak-agak untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!