‘Ini dugaan ALLAH buat kami di Tanah Suci’

Nur Adila bersama ahli keluarga bergambar kenangan ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci bermula 17 Februari lalu.
Nur Adila bersama ahli keluarga bergambar kenangan ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci bermula 17 Februari lalu.
A
A
A

MADINAH - Rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi ekoran larangan kemasukan penerbangan ke negara itu bagi memerangi penularan Covid-19 masih menunggu perkembangan lanjut daripada agensi umrah mereka.

Nur Adila Zabidi, 32, berkata, dia dan keluarga mungkin akan pulang ke Malaysia selepas masalah dapat diselesaikan oleh agensi yang membawa mereka mengerjakan umrah.

Nur Adila berkata, mereka sekeluarga sepatutnya dijadualkan pulang malam semalam pada jam 10 malam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.55 tengah hari.

Bagaimanapun katanya, mereka belum menerima maklumat rasmi dan hanya mengetahui jemaah tidak dapat pulang melalui maklumat yang ditularkan.

“Sekarang kami masih menunggu perkembangan lanjut daripada agensi. Mungkin kami akan balik ke tanah air dalam sedikit masa lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Arab Saudi gantung sementara visa umrah

Visa digantung sementara: Puluhan ribu jemaah terjejas

Wanita itu yang juga seorang peniaga menunaikan umrah bersama suami, Shafaruddin Samion, 48, dan ibu bapanya serta seorang adik lelaki bermula 17 Februari lalu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, perkara itu menyebabkan berlaku sedikit kekecohan antara jemaah dan kakitangan pihak agensi tetapi situasi itu dapat diselesaikan.

Nur Adila juga memberitahu, pihak agensi turut memohon maaf kepada semua jemaah di bawah kendaliannya kerana kesulitan yang dialami.

Nur Adila bersama suami, Shafaruddin ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.
Nur Adila bersama suami, Shafaruddin ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.

“Kami menerima maklumat terkini berdasarkan surat yang diedarkan bahawa pesawat dari Kuala Lumpur yang akan membawa pulang semua jemaah terkandas akan berlepas hari ini. Setakat ini kami masih menunggu perkembangan terkini,” katanya.

Katanya, walaupun tidak dapat pulang mengikut jadual yang ditetapkan namun dia menganggap perkara yang berlaku sebagai ujian daripada ALLAH SWT.

“Ini ujian Yang Maha Esa. Kami tidak marah dan tidak kecewa,” katanya.

Semalam Arab Saudi mengeluarkan arahan menggantung kemasukan jemaah umrah dan ziarah Masjid Nabawi berikutan penularan Covid-19 termasuk jemaah dari Malaysia.

Pengumuman itu dibuat sebagai salah satu daripada langkah pencegahan berikutan pihak berkuasa kesihatan kini sedang memantau penyebaran maut tersebut yang kini merebak dengan cepat di rantau Asia Barat yang menyaksikan Iran sebagai ‘hotspot’ utama epidemik tersebut.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 800 jemaah dari Malaysia dipercayai terkandas di Jeddah dan Madinah.