Angkasawan NASA yang terkandas selamat kembali ke bumi

Dua angkasawan NASA, Suni Williams dan Butch Wilmore yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sejak Jun tahun lalu, akhirnya selamat kembali ke Bumi pada petang Selasa.
Dua angkasawan NASA, Suni Williams dan Butch Wilmore yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sejak Jun tahun lalu, akhirnya selamat kembali ke Bumi pada petang Selasa.
A
A
A

LOS ANGELES - Dua angkasawan NASA, Suni Williams dan Butch Wilmore yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sejak Jun tahun lalu, akhirnya selamat kembali ke Bumi pada petang Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Mereka pulang bersama rakan sepasukan dari Crew-9, iaitu angkasawan NASA Nick Hague dan angkasawan Roscosmos, Aleksandr Gorbunov dengan menaiki kapal angkasa Dragon milik SpaceX.

Menurut siaran langsung NASA, kapal angkasa itu mendarat di perairan luar pesisir Florida pada jam 5.57 petang waktu Timur (2157 GMT).

Williams dan Wilmore sebelum ini terkandas di angkasa akibat masalah teknikal pada kapal Starliner milik Boeing, yang membawa mereka ke ISS. - Bernama/Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!